Isnin, 3 Oktober 2011

MCA sedia tukar kerusi dengan komponen BN

MALAYSIA KINI


mempertimbangkan pertukaran kerusi dengan komponen parti BN dengan syarat calon yang dipertandingkan boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

mca agm 021011 left chua soi lek and najibPresiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA juga tidak mahu mana-mana parti komponen dengan sengaja memohon pertukaran kerusi semata-mata untuk mendapatkan kerusi tambahan.

"Kami akan menyokong mana-mana parti komponen yang mempunyai peluang besar untuk menang," katanya kepada pemberita pada satu sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya, Dr Chua berkata semangat yang baik di kalangan perwakilan pada perhimpunan ini dapat mewujudkan semangat bersatu padu menjelang pilihan raya akan datang.

mca agm 021011 audience"Buat kali pertama Perhimpunan Agung Tahunan MCA tiada seorang wakil yang menyentuh isu dalaman parti atau membuat tuduhan dan teguran terhadap pemimpin. Debat kali ini berkisar kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

"Suka tak suka, kebanyakan perwakilan berasa kecewa kerana sikap DAP yang sehingga hari ini tidak menyatakan pendiriannya terhadap PAS tentang hukum hudud.

"Kebanyakan perwakilan mahu DAP keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya.- Bernama

Tiada ulasan: