Isnin, 17 Oktober 2011

Kontrak Alam Flora kutip sampah di S'gor ditamatkan

MALAYSIA KINI
Alam Flora Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tugas mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor mulai semalam.

alam flora waste management 120609 06Ini berikutan pengambilalihan sepenuhnya perkhidmatan berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Alam Flora menghormati keputusan yang dibuat. Kami berharap mendapat peluang semula pada masa hadapan untuk menyediakan perkhidmatan kutipan dan pembersihan untuk rakyat Selangor," kata Alam Flora dalam satu kenyataan hari ini.

Penduduk Selangor diminta mengemukakan sebarang aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing. Bernama

Tiada ulasan: