Selasa, 25 Oktober 2011

Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak


Aidila Razak

Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang eslesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

NONEMenurut laporan itu, hanya 95.7 peratus berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membenarkan tiga kali lanjutan tarikh akhir untuk projek bernilai RM214.43 juta.

Pasukan audit juga mendapati kerja-kerja dijalankan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Antaranya, kayu yang tidak berkualti digunakan, kecaccatan kerja-kerja konkrit, kerja lepaan simen yang nipis dan bahan-bahan kalis air mula tertanggal.

NONE“Berdasarkan pemerhatian tersebut, pihak Audit telah memberi teguran kepada perunding/kontraktor dan pada bulan Mac 2011, Tim Projek memaklumkan bahawa tindakan telah diambil oleh kontraktor untuk membaiki kerja tersebut.

“Sekiranya kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti yang dibangkitkan tidak diperbaiki, pihak Audit akan mengesyorkan kepada Kementerian supaya nama perunding dan kontraktor ini disenaraihitamkan,” petik laporan itu.

NONEKontraktor berkenaan Konsortium Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) juga didapati belum membayar bon pelaksanaan RM10.72 juta, seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kewangan untuk projek-projek yang bernilai melebihi RM200, 000.

JHSB, yang telah dianugerahkan kontrak berkenaan pada Mei 2006, memberi alasan seperti kenaikan kos bahan-bahan pembinaan akibat perkembangan ekonomi yang tidak menentu memberi kesan kepada nilai tanah yang dibangunkannya.

Kos penjara naik tetapi saiz jadi kecil

Di Sarawak pula, pasukan Audit mendapati pemnbinaan penjara baru Kuching, yang bertujuan menggantikan penjara uzur di Jalan Penrissen yang dibina pada tahun 1882, hanya siap kira-kira lapan tahun selepas tarikh permulaan projek itu pada 6 Mei 1997.

NONE“Pelaksanaan projek pembinaan penjara baru Kuching adalah tidak memuaskan kerana projek yang sepatutnya siap dalam tempoh 3 tahun 3 bulan telah mengambil masa 11 tahun 2 bulan.

“Selain daripada kelewatan pelaksanaan projek oleh kedua-dua kontraktor, proses pelantikan kontraktor kedua untuk membaik pulih dan membina semula penjara baru telah mengambil masa 2 tahun 7 bulan,” kata laporan itu lagi.

Walaupun membabitkan kos lebih tinggi, namun saiz penjara telah dikurangkan daripada 103 blok ke 65 blok dan hanya mampu menampung 1,366 nbanduan dan kakitangan penjara serta bukannya, 2,665 seperti mengikut perancangan asal.

NONELaporan itu membidas kelewatan dalam pelantikan kontraktor kedua, sebagai antara punca kenaikan kos.

Proses untuk melantik TSR Bina mengambil masa dua tahun dan tujuh bulan, dan sepanjang tempoh itu struktur bangunan termasuk besi dan kayu yang digunakan mulai karat dan reput.

Tiada ulasan: