Ahad, 16 Oktober 2011

JPJSBB ragu dan kecewa atas laporan yang dikemukakan

Tan Yew Sing


Semasa sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat baru baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan mengatakan bahawa pihak kerajaan memberi jaminan di mana bangunan-bangunan di Jalan Sultan tidak akan dirobohkan semasa kerja pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT). Akan tetapi, pihak MRT juga tidak akan melencongkan laluan asal dan tiada jaminan untuk memulangkan tanah yang digunakan kepada pemilik asal.

Ahli Jawatankuasa Pemeliharaan Jalan Sultan dan Bukit Bintang (JPJSBB) memberi sokongan atas keputusan pihak kerajaan tidak merobohkan kedai di Jalan Sultan, Bukit Bintang dan Jalan Inai untuk pembinaan laluan MRT. Akan tetapi, pihak kerajaan masih tidak bersetuju untuk melencongkan laluan asal dan tiada jaminan untuk mengembalikan tanah kepada pemilik asal adalah mengecewakan. Keputusan ini merupakan suatu tindakan di mana pihak kerajaan menafikan hak rakyat untuk memiliki aset hartanah.

Selaku Pengerusi JPJSBB serta Presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Yew Sing (gambar kiri) mengatakan bahawa kedudukan beliau atas isu ini adalah supaya pihak kerajaan melencongkan laluan asal di Jalan Sultan. Manakala Stesen Bukit Bintang harus merujuk kepada perancangan awal, iaitu membina stesen Bukit Bintang timur dan barat.

"Rancangan yang dikemukan oleh pihak kerajaan masih tidak menyelesaikan isu ini dengan sempurna. Kenyataan tiada jaminan untuk mengembalikan tanah kepada pemilik asal adalah menyedihkan. Pembanguan projek MRT seharusnya memberi faedah kepada orang awam dan kerajaan tidak patut mengambil keputusan tanpa berunding dengan pemilik yang terlibat", katanya.

Tan menyeru pihak kerajaan supaya mengadakan perbicaraan terbuka bagi pemilik kedai yang terjejas dan juga pihak profesional untuk mengumpul pandangan altenatif mereka. Hanya dengan kaedah sini sahaja boleh menyelesaikan isu ini dengan lebih sempurna.

Selain itu, Tan menyeru pihak kontraktor MRT jangan memulakan sebarang pembinaan tanpa persetujuan semua pihak terlibat.

JPJSBB juga meminta Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Razak memberi perihatin terhadap isu ini dan mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikannya.

*Kenyataan media oleh Tan Yew Sing selaku Pengerusi ahli jawatankuasa Pemeliharaan Jalan Sultan dan Bukit Bintang.

Tiada ulasan: