Rabu, 19 Oktober 2011

DAP: Blog guna gambar palsu fitnah anak Lim

S PathmawathyPenulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Tiada ulasan: