Selasa, 11 Oktober 2011

Bil mengejut! Belanja perjalanan ke Kazakh lebih RM1 juta

Stan Lee, Malaysia Chronicle


Perjalanan kontroversi Perdana Menteri Najib Razak ke Kazakhstan bejumlah lebih daripada RM1 juta, kata kementerian luar negeri di Parlimen hari Selasa, terus menimbulkan kekecohan kenapa jumlahnya begitu besar.

“Saya akan meminta penjelasan daripada PM kenapa begitu banyak wang dibelanjakan,” kata MP Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle dalam reaksi segeranya.

Menurut kementerian, jumlah perbelanjaan mencecah RM1,072,213.22, adalah untuk PM dan pengiringnya menghadiri World Islamic Economic Forum.

Perjalanan itu cuma mendapat 5 urusan yang samar dan Najib serta isterinya Rosmah Mansor didakwa menjadualkan perjalanan rasmi itu bersamaan dengan pertunangan anak perempuan mereka Nooryana dengan anak lelaki keluarga kaya Kazakh.

Siapa yang pergi, perincian mesti dijelaskan

Sewaktu perjalanan pada bulan Jun itu, rakyat Malaysia bereaksi dengan kejutan dan rasa tidak percaya di atas kelakuan pasangan itu. Spekulasi memuncak bahawa mereka membawa bersama tetamu-tetamu peribadi di dalam pengiring mereka, yang berjalan kelas pertama menggunakan duit rakyat.

“PM harus lebih bertimbang rasa dalam membelanjakan duit titik-peluh rakyat. Kerajaan harus mengeluarkan perincian perbelanjaan. Adakah orang-orang yang tidak ada kena-mengena termasuk dalam pengiring mereka dan adakah perbelanjaan yang tidak patut berlaku? Ini mesti didedahkan untuk orang awam,” Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

Cincin api

Akibat perjalanan ke Kazakh itu, lebih banyak kerosakan berlaku terhadap imej Malaysia selepas akhbar Indonesia Kompas mendakwa ibu mertua Nooryana, Maira Nazarbayev mempunyai hubungan dengan mafia Russia.

Juga dilaporkan cincin berlian bernilai RM24 juta, yang telah disahkan kewujudan dan kemasukannya ke dalam negara oleh Kastam Malaysia, dibawa masuk untuk Rosmah sebagai hadiah daripada Maira, yang kerap ke Monte Carlo, tempat kunjungan orang-orang berada dan terkenal. Walau bagaimanapun, persembangan di kedai-kedai kopi di Kuala Lumpur mengatakan cincin itu adalah hadiah daripada taukeh besar Cina Malaysia. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: