Rabu, 12 Oktober 2011

Bersih: Mat Sabu sedia jadi saksi siasatan awam Suhakam




KUALA LUMPUR— Mohamad Sabu berkata beliau akan menawarkan diri sebagai seorang saksi dalam siasatan awam kendalian Suhakam, yang bermula hari ini berhubung dakwaan kekasaran pihak berkuasa polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 awal bulan lalu.

Timbalan Presiden PAS itu sebelum ini mendakwa beliau telah dirempuh oleh kenderaan polis ketika sedang membonceng motosikal dan mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan.

Bagaimanpun polis telah menafikan dakwaan beliau itu.

“Ya, sudah pasti saya akan (memberi keterangan),” kata Mohamad (gambar) kepada The Malaysian Insider menerusi SMS ketika ditanya sama ada akan menjadi saksi siasatan awam Suhakami.

Mohamad yang kini berada di luar negara bagaimanapun beliau belum memaklumkan Suhakam mengenai perkara itu.

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau sudah pun memaklumkan Mohamad mengenai siasatan awam yang bermula hari ini.

“Beliau memberitahu bahawa beliau berminat untuk mengambil bahagian,” kata Hanipa.

Tiada ulasan: