Isnin, 1 Ogos 2011

Tujuh pegawai imigresen yang ditahan mengikut ISA akan dibebaskan esok

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Tujuh pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan akhbar di sini berkata, sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pembebasan itu dilakukan selepas Kementerian Dalam Negeri mendapati semua tahanan terbabit menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan.

Tiada ulasan: