Kurang 24 jam selepas pertemuan 500 pemandu teksi dengan ketua pembangkang, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa kumpulan tidak mempolitikkan rungutan mereka.
Penilaiaan tentang keberkesanannya juga bukan terletak di tangan pembangkang, tambahnya.
Syed Hamid menambah, wakil daripada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor yang menganjurkan perhimpunan besar di Petaling Jaya malam tadi belum lagi menemui SPAD.
Katanya, jika mempunyai masalah, suruhanjaya itu bersedia mendengarnya sekiranya pemandu terbabit tampil memaklumkannya.
Banyak maklumat terperinci dikumpulkan dan akan diserahkan kepada kerajaan bulan depan, kata Syed Hamid lagi.
Perhimpunan antara pemimpin tertinggi pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor diadakan selepas muncul dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan menangani rungutan pemandu teksi.
Dalam pertemuan malam tadi, Anwar antaranya berkata, Pakatan sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat.
Bagaimanapun, golongan pemandu itu juga perlu berusaha membolehkan Pakatan membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan