Selasa, 9 Ogos 2011

Sejarah Matawang Kertas DAN Piawaian Perak

Oleh: anakbilis


"Sistem Wang Kertas Pertama Wang Kertas Pertama Pada tahun sekitar 700 masihi, masyarakat China mencipta kertas yang pertama.

China pada masa itu mengunakan wang perak sebagai matawang. Wang perak mereka unik dimana terdapat lubang ditengah. Lubang ini digunakan untuk mengikat wang syiling ini dengan tali untuk mudah dibawa.

Dan sejak 6,000 tahun dahulu, walaupun logam-logam ini mudah dibawa ianya tetap berat berbanding dengan kertas.

Oleh itu maharaja zaman itu Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan memperkenalkan sistem wang kertas pertama.

Sistemnya begini, seorang individu akan menyerahkan wang-wang perak miliknya kepada sebuah “bank” untuk disimpan dalam peti simpanan. Kemudian “bank” tersebut akan mengeluarkan ”resit” untuk mewakili jumlah simpanan perak. Contohnya, 10 keping syiling perak akan diberi 10 keping resit.

Resit ini kemudianya akan digunakan sebagai medium pertukaran dalam perniagaan. Setelah beberapa lama ianya menjadi popular kerana lebih mudah dibawa dan disimpan berbanding perak. Orang ramai juga yakin dengan sistem ini kerana pihak “bank” menjamin setiap keping “resit” ini mewakili sejumlah perak didalam “bank”.

Konsep ini dipanggil “sistem wang kertas disandarkan kepada logam-logam berharga”. Dan pada ketika itu kertas digunakan untuk mempermudah sistem kewangan mereka dengan mengunakan “teknologi” kertas agar lebih mudah dibawa.

Dan idea ini diterima pakai oleh pelbagai tamadun dan negara sehingga awal kurun ke-19.

Perak Lebih Sukar Ditemui

Pada kurun ke-18, wang logam emas dan perak masih lagi digunakan untuk urusniaga, samada dalam bentuk sandaran kertas atau fizikal. Pada masa itu terdapat dua jenis piawai iaitu “matawang piawaian emas” (Gold standard) dan “matawang piawaian perak” (Silver standard). Piawai ini digunakan untuk mengukur nilai matawang dan ianya berbeza disetiap zaman. Secara umum diantara kedua piawai ini, emas dilihat sebagai asset lebih berharga, dimana nisbah 1 emas adalah bersamaan dengan beberapa nisbah perak. Sebagai contoh di Amerika pada masa itu, 1 oz emas bersamaan 15 oz perak.

Pada masa ini pengeluaran emas terus meningkat. Tetapi lain pula kisahnya untuk perak. Pelombongan dan pengeluaran perak semakin susut kerana sukar ditemui. Dan permintaan semakin meningkat, dari sudut industri dan juga matawang menyebabkan nilai perak semakin naik. Tiba pada suatu tahap dimana perak menjadi lebih berharga dari emas.

Ini menjadikan nisbah ukuran emas kepada perak tidak tepat. Ini menyebabkan sistem piawai emas dan perak sukar diukur dan perlu dilihat semula.

Jerman Pertama Meningalkan “Piawaian Perak”

Disekitar tahun 1870, Jerman negara pertama, meninggalkan “piawaian perak” dan hanya mengunakan “piawaian emas”.

Ini adalah langkah yang diambil untuk mengatasi ketidak seimbangan pertukaran antara emas dan perak. Kerajan Jerman hanya perlu menumpukan pada satu piawai sahaja.

Dengan ini bermulanya “penghapusan wang perak” dari kitaran. Tindakan Jerman ini menyebabkan semua wang-wang perak tidak lagi diterima dan ditingalkan. Dan ini menyebabkan lambakan perak dipasaran, menjadikan nilainya jatuh.

Dan ini telah memberikan impak kepada negara-negara lain. Melihat insiden ini, dan Jerman sebagai sebuah negara berpengaruh, negara-negara lain turut serta meninggalkan “piawaian perak” dan mengangkat “Piawaian Emas” sebagai polisi matawang baru. Dan dengan insiden ini bermulalah proses wang-wang perak dikeluarkan dari kitaran.

Tiada ulasan: