Isnin, 1 Ogos 2011

Najib masuk HKL, bedah lutut hari ini

THE MALAYSIAN INSIDER


Najib dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan
.


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya hari ini.

Laporan Bernama Online menyebut, Perdana Menteri dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada pukul 10 malam.

Ketika mengadakan lawatan kerja ke Kedah Khamis lalu, Najib memberitahu pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.

Menurut Najib, pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.

Tiada ulasan: