Isnin, 1 Ogos 2011

MIUP Pastikan BN Menang PRU 13 - Nallakaruppan.

KL POS

KUALA LUMPUR - Presiden Malaysian Indian United Party (MIUP), Dato' Nallakaruppan bersama ahli parti berjanji akan membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihanraya umum ke-13 melalui sokongan dan undi masyarakat India.

MIUP merupakan salah satu dari parti komponen BN telah mengadakan majlis perasmian bangunan ibu pejabat di Jalan Segambut pagi ini.

Dalam ucapan dasarnya, Nallakaruppan berkata MIUP ditubuhkan hasil gabungan bekas ahli PKR berketurunan India yang telah menarik diri dari parti tersebut kerana dilihat tidak membantu masyarakat India secara khusus.

"Saya dan rakan-rakan dalam parti berjanji akan bekerja keras membantu BN dalam mencapai kemenangan pada pilihanraya umum nanti," ujar beliau.

Setiausaha Agung BN, Dato' Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang dijemput merasmikan ibu pejabat turut melahirkan keyakinan parti MIUP dapat membantu BN mencapai kemenangan melalui sokongan masyarakat India.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh uniknya kepelbagaian parti dalam BN kerana masing-masing tetap bertanding dibawah satu lambang.

"Saya bertanding pakai kapal layar. Tak seperti pakatan. DAP pakai roket, PAS pakai bulan, PKR pakai mata tetapi tidak ada menunjukkan kesatuan," ujarnya.

Beliau turut menyentuh cara BN adalah melalui membuat keputusan bersama dan tidak membelakangkan parti-parti yang lain. Tambah beliau lagi, tidak seperti pakatan pembangkang yang seringkali bertelingkah dalam membuat sesuatu keputusan.











Tiada ulasan: