Khamis, 18 Ogos 2011

Liow takut melaporkan hasil siasat isu serangan Tung Shin

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai telah dikritik kerana tidak berjaya mengeluarkan laporan tehadap kesahihan penggunaan gas pemedih mata dan air asid didalam Hospital Tung Shin semasa Perhimpunan Bersih yang menuntuk piliharaya yang adil dan telus.

Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua telah menggelar Liow sebagai “lepa tangan” dan “Menteri yang tidak bertanggungjawap” kerana kelemahan beliau dalam menangani isu ini. Liow telah menyebelahi pihak polis apabila mereka menyangkal tuduhan menggunakan bahan merbahaya dengan melanggar kebiasaan yang diterima masyarakat antarabangsa.

Apabila beliau yang merupakan timbalan Presiden MCA dan juga Presiden, Chua Soi Lek disajikan dengan gambar- gambar yang diambil orang awan, klip video youtube dan juga saksi, Soi lek pula menimbulkan kemarahan ramai dengan mengatakan bahawa bukti nyata ini adalah “sudut camera” semata.

Meniup angin

Liow cuba meredakan kemarahan rakyat dengan mewujudkan pasukan penyiasatan Kemeterian Kesihatan semasa pertengahan Julai lepas terhadap kes ini tanpa rasa “takut” atau “berat sebelah” Namun, setelah sebulan berlalu, dan wujud laporan daripada NGO lain seperti Tenaganita, Liow masih lagi tidak bersuara.

“Empat minggu sudah berlalu dan kita tidak dengar apa-apa khabar berita daripada menteri ini. Saya rasa ini sememangnya kes lepas tangan. Beliau tidak berani bercakap benar, tidak berani untuk menasihati pihak polis dan dengan itu, saya rasa beliau bukanlah seorang menteri yang baik.” Beritahu Tony dalam sidang media Rabu lepas.

Dalam pada itu, pihak polis tetap menegaskan bahawa angin telah membawa gas itu ke perkarangan hospital.

Sekumpulan doktor yang bertugas pada waktu itu,turut mengeluarkan kenyataan yang sama dan telah mengesahkan penggunaan kedua-dua gas pemedih mata dan meriam air di perkarangan hospital. Mereka juga menawarkan diri untuk menghantar affidavit kepada mahkamah sekiranya perlu.


Tiada ulasan: