Rabu, 17 Ogos 2011

Inkues kematian bekas MP Batu Sapi mula hari Ini

THE MALAYSIAN INISDER

KOTA KINABALU – Inkues berhubung kematian bekas Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong bermula di sini hari ini.

Antara saksi yang dipanggil termasuk balu Chong yang juga Anggota Parlimen Batu Sapi Linda Tsen.

Dalam keterangannya, Tsen berkata beliau percaya tiada orang yang menyimpan perasaan dendam terhadap suaminya.

Inkues itu didengar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Melissa Chia dan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin serta dibantu oleh Pegawai Pendakwa Trafik Cif Insp Wilynton E. Watt.

Chong, yang juga bendahari Parti Bersatu Sabah, meninggal dunia pada usia 54 tahun dalam kemalangan jalan raya apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah Mercedes Benz di Jalan Sembulan-Tanjung Aru di sini kira-kira 11.40 pagi pada 9 Oktober lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi setelah mengalahkan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Inkues itu disambung esok.

Tiada ulasan: