Sabtu, 27 Ogos 2011

Hentikan klise agama: Mengapa PAS semakin popular daripada Umno

Moaz Nair, Malaysia Chronicle

Umat Islam di negara ini telah diingatkan supaya tidak memperkecilkan atau menghina agama lain, walaupun dalam hal mempertahankan Islam, kerana tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dikatakan oleh seorang pemimpin PAS, yang memetik ayat dari Al-Quran (6:108):

"Jangan mencaci orang-orang yang mereka sembah selain dari Allah kalau-kalau mereka perlu, dan di dalam kejahilan, mereka mencaci Tuhan."

PAS telah berubah menjadi sebuah entiti politik yang sangat disukai rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini sebelum dan selepas pilihan raya umum 2008. Apabila UMNO semakin terbabit dalam politik perkauman dan menjadikan agama sebagai teras untuk memenangi sokongan orang Melayu, PAS pula telah menunjukkan pendirian sederhana dalam politik Malaysia. Menghentam bangsa atau agama lain dalam politik nampaknya tidak menjadi kegemaran PAS. PAS juga dilihat kurang radikal berbanding dengan UMNO dalam isu penggunaan agama untuk menuai sokongan dari rakyat. Jika PAS boleh menegakkan pola politik seperti sekarang ini, pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan kemenangan besar bagi PAS. PAS akan menjadi parti politik terbesar mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini. Jelas bahawa PAS sudah pun dalam perjalanan untuk menggantikan UMNO sebagai parti politik terbesar bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Setelah mengenepikan teriakan semangat untuk mewujudkan sebuah negara Islam, PAS kini secara rational mengamalkan moto "PAS Untuk Semua" - slogan bijak yang boleh menarik orang bukan Islam untuk menyokong PAS. PAS kini bertekad untuk membawa idea bahawa kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan dalam pemerintahan. Ini merupakan petanda baik bagi sebuah parti politik kerana majoriti rakyat di negara ini dari segi ekonomi adalah miskin dan tidak tergolong dalam golongan pertengahan atau kelas atasan. Langkah PAS ini adalah searah dengan syarat dan doktrin Islam dan amat bersesuaian untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama. PAS menyedari bahawa dalam masyarakat majmuk dan dalam sistem demokrasi, untuk meraih sokongan daripada pengundi, sesebuah parti politik harus dilihat sebagai sebuah entiti yang jitu, waras dan yang boleh memberi khidmat kepada semua penduduk. PAS memang mengharapkan sebuah negara yang berteraskan kebajikan dan secara adilnya akan mengambil kira semua kaum dan agama di negara ini.

Bolehkah PAS membawa kemajuan ekonomi

Selepas pilihan raya umum 2008, telah bermula fajar yang baru kepada landskap politik Malaysia. PAS dengan kerjasama PKR dan DAP telah mencapai skor undi yang tinggi dalam kalangan pengundi pada pilihan raya umum yang diadakan. Pilihan raya parlimen 2008 telah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), tetapi telah menghasilkan salah satu keputusan terburuk dalam sejarah gabungan itu. Parti-parti pembangkang telah memenangi 82 kerusi daripada 222 kerusi di parlimen atau 36.9 peratus daripada kerusi parlimen, manakala BN hanya mendapat 140 kerusi atau 63,1 peratus. Di samping itu, 5 daripada 13 badan perundangan negeri pada masa itu dimenangi oleh pembangkang. PAS berjaya memperolehi 23 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri - Kedah dan Kelantan - mempunyai ketua menteri dari PAS dan juga Perak selepas pilihan raya 2008 telah diterajui Ketua Menteri PAS walaupun parti itu mempunyai hanya 6 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). PAS juga mendapat skor undi yang tinggi di Selangor dan di kebanyakan negeri-negeri lain. Dengan momentum ini dan dengan PAS memberi pandangan yang adil dan saksama terhadap perihal bangsa dan agama, pilihan raya umum akan datang dapat melihat kehadiran PAS yang semakin kuat dalam landskap politik Malaysia.

Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kepada bagaimana PAS boleh membawa kemajuan ekonomi kepada negara apabila sudah berkuasa dan bagaimana PAS boleh mengekalkan suasana politik yang sederhana untuk menampung keperluan orang Melayu yang berfahaman sederhana dan juga bukan Islam. Pemimpin-pemimpin PAS telah setakat ini menghantar isyarat yang tepat kepada rakyat bahawa kesederhanaan adalah langkah terbaik dalam poltik untuk ke hadapan apabila bertembung dengan isu-isu perkauman dan agama yang boleh menghalang pertumbuhan ekonomi atau merosakkan fabrik masyarakat yang rapuh. PAS sebagai sebuah parti berasaskan agama sememangnya boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menjinakkan sentimen perkauman dan agama untuk mendapatkan sokongan yang lebih ketara daripada rakyat.

Pembangunan ekonomi adalah asas kepada negara dan kehidupan rakyat, dan ini adalah antara manifesto PAS yang paling penting dalam politik. Kelihatan PAS bersedia melaksanakan doktrin yang boleh menggalakkan kesejahteraan ekonomi rakyat. PAS juga bersedia mengadakan pelan ekonomi yang jelas untuk meningkatkan pembangunan di negara ini serta mewujudkan persekitaran yang boleh menarik pelabur asing ke negara ini bagi memastikan peluang pekerjaan yang cukup bagi rakyat. Di samping itu PAS bersedia menerapkan kanun moral yang merangkumi nilai-nilai murni bangsa lain yang progresif serta sistem nilai rakyat mereka. Terdapat juga skim yang realistik oleh PAS untuk memastikan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti dan bahawa rakyat yang berbakat kekal di negara ini untuk menyumbang kepada negara.

Pada masa ini, PAS berteraskan ajaran Islam tetapi sedia menerima nilai-nilai altruisme yang berisifat sejagat untuk kemajuan ekonomi negara yang sering di ganggu gugat oleh keadaan sosial dan moral yang tidak terkawal.. PAS bersedia melibatkan semua rakyat, tanpa mengira bangsa atau agama untuk dijadikan modal insan bagi menjayakan model ekonomi untuk negara . PAS memang tegas terhadap ketidakadilan, rasuah, penindasan, permusuhan kepada orang lain, kejahilan dan feudalisme dalam masyarakat, ketasuban, perkauman dan radikalisme yang boleh menidakkan hak-hak rakyat. Ini merupakan kod parti bagi menerapkan sikap sayang-menyayangi sesama insan - dengan memberi penekanan terhadap aspek hak-hak individu, rasa hormat terhadap ilmu dan mempraktis amalan nilai-nilai universal yang boleh membawa kemajuan kepada negara.

Hentikan klise agama '

Pendekatan PAS memperlihatkan doktrin menghormati hak-hak bagi orang yang berlainan agama. dan bahawa umat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama-sama dengan aman sebagai rakyat sebuah negara. PAS menjamin keadilan untuk semua rakyat, komuniti perniagaan dan juga bagi pelabur supaya mereka mempunyai keyakinan terhadap sistem penyampaian kerajaan seperti badan kehakiman, agensi anti-rasuah, polis dan agensi-agensi yang lain yang menjadi tulang belakang pemerintahan.

PAS kelihatan berada di jalan yang tepat untuk membawa perubahan politik yang dikehendaki rakyat bersama-sama dengan DAP dan PKR. Golongan profesional dan mereka yang berpendidikan kini menjadi pemikir untuk PAS bagi menghadapi cabaran ekonomi dan sosial dalam era global ini. Kelihatan sekarang lebih ramai golongan profesional yang mengaitkan diri mereka dengan PAS dan sekarang sudah pun lebih mengakali kerajaan yang ada dalam menuju ke arah kehebatan ekonomi dan perubahan sosial di negara ini.

Pemimpin-pemimpin PAS yang progresif sedar bahawa PAS tidak boleh kekal sebagai sebuah parti yang terikat sepenuhnya kepada klise agama - menghadkan diri mereka untuk hanya berbincang mengenai isu-isu agama dan ritual yang melibatkan kumpulan orang-orang yang kurang rational dan yang buta iman. PAS harus menerima ulama yang mempunyai pengetahuan ekonomi dan saintifik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Islam boleh membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat dan seiring dengan itu menegakkan aturan sosial dalam masyarakat. PAS agak berpandangan jauh dalam pendekatan politik kerana sudah mula melibatkan masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama. Dengan perubahan besar di peringkat ekonomi yang membawa kepada kemakmuran ekonomi kepada semua kumpulan etnik akan rakyat dapat hidup dengan aman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Malah, dalam rangka kerja politik Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pemimpin yang mampu dalam gabungannya yang boleh melaksanakan tugas tadbir urus ini.

Gerakkan ekonomi, masyarakat dan rasuah

Keadaan ekonomi sekarang sedang menjejaskan kehidupan rakyat. Harga barangan semakin meningkat. Moral masyarakat runtuh kerana kurangnya penerapan nilai-nilai agama. Kerajaan yang sedia ada, malangnya, tidak menangani isu-isu ini dengan berkesan.

Rasuah sedang menghancurkan asasbina masyarakat kita dan ini mengakibatkan ramai orang menjadi miskin tetapi ada pula orang menjadi jutawan segera atas belanja golongan miskin. Individu yang tidak bertanggungjawab sedang mengeringkan institusi yang diamanahkan untuk dilindungi. Rasuah telah memberi kesan buruk kepada hampir setiap tahap masyarakat kita dan cakap cakap mengenai agama dan nilai-nilai moral oleh kerajaan sedia ada tidak pernah berakhir. Seminar dan khutbah mengenai rasuah dan integriti sahaja tidak akan mengubah masyarakat. Oleh yang demikian, perlu ada strategi yang lebih baik untuk menangani isu-isu ini.

Mengejar kebendaan dan memelihara keutuhan moral itu adalah sama relevan bagi sesebuah negara untuk maju dan atas sebab-sebab ini, PAS telah menetapkan agenda politiknya dalam rangka kerja agama. Kesolehan palsu oleh ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri telah mengoyakkan asasbina masyarakat kita. Memanglah wajar sekarang diadakan orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Tuhan untuk berpegang kuasa. PAS boleh menunjukkan jalan kepada rakyat bahawa boleh berlaku adil dalam urus tadbir negara berdasarkan platform Islam. Jika PAS boleh membuka jalan, orang Islam dan bukan Islam sama-sama akan sentiasa bersedia untuk mengundi mereka untuk berkuasa

Tiada ulasan: