Rabu, 8 Jun 2011

Video lucah merebak ke Terengganu, tindakan terdesak Umno- Abdul Rahman

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusuf mengecam penyebaran video seks fitnah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merebak sehingga ke Terengganu.

Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Dungun berkata, video berkenaan diletakkan di tandas beberapa stesen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

“Antaranya Durian Mas (Dungun), Bukit Besi (Dungun), Bukit Bading (Hulu Terengganu), Cheneh (Kemaman), Jerangau (Hulu Terengganu) dan Chalok (Setiu).

“Semalam, kita mendapat aduan sebanyak 20 keping vcd lucah yang ditinggalkan di tandas-tandas stesen minyak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, kawasan itu antara yang ditandingi KEADILAN pada pilihan raya umum lalu seperti di DUN Ajil dalam parlimen Hulu Terengganu dan DUN Permaisuri, Setiu.

“Ini adalah tindakan terdesak Umno kerana menyebarkan video di kawasan-kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda dan Ketengah,”

“Umno tak dapat tangani isu ekonomi, hanya video untuk mengalih pandangan rakyat,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, pihaknya yang telah memperoleh video berkenaan akan membuat laporan polis berhubung isu itu pada Jumaat ini di Bukit Bading.

Tiada ulasan: