Rabu, 15 Jun 2011

KDN siasat kes ketuk ketampi bogel libatkan warga Singapura


KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan siasatan berhubung laporan media bahawa Jabatan Imigresen di Johor Baru telah memaksa dua wanita Singapura melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel minggu lalu selepas ditahan atas alasan memasuki Malaysia secara tidak sah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata satu inkuiri melibatkan pihak ketiga iaitu polis akan dijalankan.

“Ia bukan setakat inkuiri dalaman. Ia juga akan melibatkan polis. Inkuiri akan dijalankan dengan segera,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini kali pertama saya melihat perkara ini. Ini bukan amalan biasa,” kata beliau ketika ditanya sama ada ketuk ketampi amalan biasa di Jabatan Imigresen.

Tiada ulasan: