Jumaat, 10 Jun 2011

1Malaysia, tapi tiga peraturan pendaftaran JPN

Kuek Ser Kuang Keng


Kegagalan percubaan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai 'Anak Malaysia' sebenarnya mendedahkan kepincangan sistem pendaftaran negara.

azlanMalaysiakini mendapati terdapat tiga peraturan pendaftaran yang berbeza di Sabah, Sarawak dan semenanjung meskipun semuanya terletak di bidang kuasa Jabatan Pendaftran Negara.

Hanya Sabah yang mengiktiraf bangsa campuran tetapi mengehadkannya kepada pasangan Cina dan pribumi sahaja, manakala Sarawak pula mewajibkan seseorang anak itu mengikut bangsa bapanya.

Peraturan di semenanjung pula membenarkan ibu bapa untuk memilih bangsa anak mereka berdasarkan keturunan si ibu mahupun si ayah.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 05Menurut seorang pegawai JPN Sabah, ibu bapa boleh memilih mendaftarkan anak mereka sebagai 'bangsa campuran' atau juga mengikut salah seorang ibu bapanya.

“Jika bapanya Cina dan ibunya adalah Kadazan, maka anaknya adalah Cina atau Kadazan atau juga sino-pribumi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.

Jelasnya, ibu bapa juga sebelum ini boleh memilih pelbagai istilah lain seperti 'sino-Kadazan' dan 'sino-Murut' ketika pendaftaran dijalankan secara manual.

sabah native wedding marriage ethnic groups 250509 02Selepas pendaftaran dijalankan secara berkomputer, mereka hanya boleh memilih 'sino-pribumi'.

“Kami telah memohon supaya istilah lama dikembalikan tetapi ini belum diluluskan lagi,” kata pegawai yang memohon identitinya dirahsiakan.

Bagaiamanapun perkhawinan yang membabitkan seorang pribumi dan bukan Cina, anak mereka mesti mengikut sama ada bapa ataupun emaknya. Pilihan bangsa campuran hanya untuk ibu bapa pribumi-Cina sahaja.

“Tidak ada pilihan 'pribumi-India' atau 'pribumi-Melayu;” katanya.

Manakala itu, sistem pendaftaran di Sarawak dikatakan lebih rigid. Bangsa seseorang kanak-kanak mestilah berdasarkan keturunan bapanya.

NONE“Wajib ikut bangsa bapa,” kata seorang pegawai JPN cawangan Sarawak kepada Malaysiakini semalam.

“Jika bapanya orang asing, bangsa anak itu akan ditentukan oleh kerakyatan bapanyanya,” kata pegawai itu.

“Contoh, bapanya adalah orang Itali, bangsa anak itu adalah 'Itali'. Jika bapanya rakyat Singapura, maka bangsa anak itu adalah 'Singapura',” kata pegawai itu.

Tiada ulasan: