Ahmad Danial |
MELAKA: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan Umno BN menutup ruang secara total supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu-isu semasa. "Sebab itulah saluran maklumat ditutup dari rakyat oleh kerajaan BN. Tidak ada ruang untuk pimpinan PAS dan PR untuk bercakap di dalam media sama ada elektronik atau cetak. “Mereka tidak mahu rakyat mengetahui fakta-fakta sebenar tentang penyelewengan, rasuah, kezaliman dan sebagainya," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian jentera pilihanraya Dun Ayer Molek dan Pusat Adun Rakyat Dun tersebut, dekat sini semalam. Tambahnya, kerajaan Umno BN juga menjadikan masjid dan surau kosong dengan kuliah dan tazkirah tentang ilmu-ilmu Islam seperti siasah syariah, ekonomi Islam, jenayah dan sebagainya. Katanya, pemimpin Umno tidak mahu rakyat memahami Islam kerana apabila berilmu dan faham Islam dibimbangi mereka akan menyokong PAS dan PR. Idris berkata, rakyat juga khasnya orang miskin dibiarkan merempat kerana dengan kemiskinan, rakyat mudah dibeli dan disogok oleh Umno BN ketika kempen pilihan raya. "Jika rakyat kaya dan berpendapatan tinggi sudah tentu mereka sukar untuk disogok dan dirasuah bagi memancing undi. “Sebab itulah kita lihat rakyat miskin khasnya di Sabah dan Sarawak masih ramai seperti yang dibongkar pada Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini," kata Idris. Justeru, menurutnya jentera PAS mesti bekerja kuat untuk menyampaikan risalah perjuangan PAS dan PR kepada orang Umno dan golongan tidak berparti supaya mereka dapat memikirkan tentang kedudukan politik dan sosial masyarakat hari ini. "Risalah, 'banner' dan bahan-bahan lain mesti dipastikan sampai kepada setiap rakyat supaya rakyat boleh berfikir membuat pemilihan yang matang dan bijak pada pilihan raya umum akan datang," kata Idris. Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang, Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek dan Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew. |
Isnin, 23 Mei 2011
Umno halang rakyat dapat maklumat tepat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan