Ahad, 15 Mei 2011

Ugutan Jihad Ibrahim Bukan Memudaratkan, Kata Hishamuddin

TVS NEWS


SHAH ALAM : Kementerian Dalam Negeri membayangkan ia tidak akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali bersabit ugutannya untuk melancarkan perang jihad terhadap masyarakat Kristian.

Menteri berkenaan Datuk Hishamuddin Tun Hussein berkata Ibrahim tidak mewakili keseluruhan orang Melayu dan ugutan itu hanya “mencerminkan tahap pemahaman yang berlainan,”

Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim menyatakan menyatakan kesediaan melancarkan perang jihad jika kaum Krisitian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini.

Ibrahim yang kini menyokong semula parti Umno berkata beliau bersedia tersungkur akibat kenyataannya demi mempertahankan maruah Islam.

Beliau kononnya amat marah kerana kononnya wujud konspirasi antara paderi Kristian dan pembangkang untuk mewujudkan negara Islam sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu.

Kenyataan Ibrahim itu disifatkan bertujuan menyemarakkan lagi api perkauman demi membakar sentiment orang Melayu dalam usaha Umno meraih sokongan kaum itu.

Ugutan Ibrahim dilihat tidak masuk akal setelah pihak gereja menafikan wujudnya agenda sebegitu dan menggesa kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap Utusan.

Hishamuddin berkata ugutan untuk melancarkan jihad oleh Ibrahim harus dilihat dalam konteks yang luas.

"Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau Muslim di negara ini. Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam," kata Hishamuddin.

"Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tapi saya mengataskan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya.

Katanya terdapat juga kumpulan ekstremis dikalangan orang Cina negara ini.

Hishamuddin sebelum ini menyifatkan laporan Utusan mengenai agenda negara Kristian itu sebagai mempunyai asas tertentu.

Kenyataan Naib Presiden Umno itu dikecam oleh pelbagai pihak kerana membelakangkan hakikat bahawa tidak ada sebarang bukti untuk memperakukan laporan itu.

KDN juga dibidas kerana hanya memberi teguran kepada Utusan bersabit laporan itu yang berupa hasutan dan menimbulkan permusuhan antara orang Islam dan Kristian

Tiada ulasan: