Ketua Operasi Balai Bomba Pudu Yusof Abu Bakar berkata kejadian itu disedari jiran mereka yang menghubungi bomba kira-kira 11.25 pagi.
"Ketika kejadian, pemilik rumah berkenaan tidak ada di rumah. Jiran mereka menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi letupan yang kuat dan terkejut apabila melihat api sudah marak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata empat jentera dari Balai Bomba Pudu, Hang Tuah dan Tun Razak dengan kekuatan 25 anggota termasuk pegawai, dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.47 pagi.
Yusof berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian masih disiasat.
"Api mudah merebak kerana rumah ini dibuat rapat-rapat, dan ia diperbuat daripada kayu dan zink...bagaimanapun, kita dapat kawal kebakaran ini dengan cepat," katanya.
Sementara itu, menurut seorang saksi yang enggan dikenali, terdapat papan tanda yang menyebut kawasan terbabit berbahaya kerana terletak berhampiran pencawang elektrik bervoltan tinggi.
"Akibat kejadian itu, TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik ke kawasan itu bagi menghindar kebakaran itu daripada merebak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan