Jumaat, 6 Mei 2011

Jamil Khir: Semadi Osama di laut hina Islam

THE MALAYSIAN INSIDER

SEPANG — Pengebumian jenazah pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden (gambar) di laut dianggap sebagai satu penghinaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata hal seperti itu tidak wajar berlaku dalam apa keadaan sekalipun kerana jenazah perlu dihormati.

“Kita tahu pengurusan jenazah dalam Islam, ia perlu diuruskan dengan cara yang sewajarnya.

“Zaman (umat Islam menunaikan haji dengan menaiki) kapal dulu, betullah (jenazah dilepaskan) masuk dalam laut tetapi zaman hari ini, (dikebumikan) atas darat. Jadi, ini sebagai satu perkara yang merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

“Saya rasa demikian untuk pengebumian jenazah sebab kita perlu menghormati jenazah itu juga,” katanya dipetik laporan Bernama Online.

Jenazah Osama yang telah disemadikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik AS, selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam.

Beberapa negara Islam lain termasuk ulama dan tokoh agama mengecam pendekatan yang diambil oleh AS itu.

Tiada ulasan: