"Jelas bagi kita agensi-agensi Kerajaan Pusat yang sepatutnya bekerja untuk rakyat telah menikam rakyat sendiri,hasil diperkuda oleh Puak Sona(Istilah Hj.Subki Latif)merujuk parti yang namanya pun mual disebut.Terbaru ROS(Pendaftar Pertubuhan)mencari fasal pula dengan PKR.Ini memungkinkan menjelang PRU 13 jika silap gayanya PKR diharamkan dan mungkin tak boleh bertanding.Bala petaka besar ini.
Sebelum ini SPR,(telah lama dicop sebagai cawangan Puak Sona) telah buat kenyataan yang amat bertentangan dengan demokrasi.Tidak mengizinkan sms untuk mengetahui keputusan awal.Tentulah ada sebabnya dan ada udang dibalik mi perkara ini diwar-warkan.Jika bukan untuk memberi kelebihan kepada Puak Sona.
Kegeraman kita seterusnya tentang PMBN sendiri yang mahu merampas(istilah lanun) Negeri Selangor dengan apa jua cara pun pada PRU 13 nanti.
Terbukti Puak sona,JPN(masyaAllah)SPR,berkerjasama mendaftar warga asing sebagai pengundi-pengundi baru di Negeri Selangor.Itukah senjatanya atau ada lagi yang lebih dahsyat?Bersedialah kerajaan PR,Selangor.
Namun apakan daya?Apa yang mampu dilakukan oleh pimpinan PR?Adakah usaha kita setakat mendesak?Menggesa?Gesa KDN,jangan biar U.Meloya main sentimen kaum dan agama.Gesa begitu,begini.Gesa SPR,desak SPRM,gesa PDRM,begitu,begini.Desak kerajaan Puak Sona.
Jangan,jangan.Jangan buat begitu.Tapi adakah gesaan dan desakan ini dituruti.Sedangkan tuntutan BERSIH tahun 2007 dahulu pun tak dipeduli SPR dan Puak Sona(melalui demontrasi besar tu). Inikan pula gesaan dan desakan yang tak disertai rakyat.Buat pekak badak aje(kata Zulkifli Yahya,Nota Utara).
Pimpinan kerajaan PR sering mendakwa rakyat bersama kita.Dalam menentang Puak Sona,rakyat bersama kita.Tapi benarkah?Jadi referendum rakyat perlu digerakkan.Atas apa juga isu.Isu yang besar atau isu yang remeh.Berpunca serangan puak kita atau Puak Sona.Cadangan,referendum itu mestilah menyeluruh.Babitkan semua rakyat di setiap DUN di seluruh Malaysia.
Jika terbukti majoriti rakyat bersama kita,baru nampak kekuatan PR dan sekurang-kurangnya agensi kerajaan pusat buka mata dan tak memandang remeh kebangkitan rakyat.Jangan tunggu PRU 13,nanti semuanya terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan