Apa dah jadi ni? Rasa macam tak selamat la pulak makanan minuman yang dimakan selama ni.Baru-baru ni, ada “kedai roti terkenal” yang dah kena samak. Sape yang sepatutnya dipersalahkan sekarang ni. Sudah lebih setahun bir ‘halal’ ada di Malaysia baru sekarang ni nak ambil tahu.Baca petikan di bawah ini.
“JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
Tak sangka pula rupanya dalam kata halal, rupanya dah terlebih kandungan alkohol sehingga membawa kepada haram.Inilah sikap sesetengah rakyat kita, asal boleh kata halal, minum je.Tak pernah pula nak terfikir samada ianya betul-betul halal atau tidak.
Lagipun, kenapa perlu ada bir halal ni? Pendapat kami, kalau tak ada pun tak apa.KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara.Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus..Jadi, dah sah-sah la minuman ni haram.
Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras.Macam air Malta yang biasa kita jumpa.Dibuat dalam kilang Guiness.
Masalahnya sekarang, dimanakah ketelusan pihak berkuasa KDRM dalam menangani isu ini. Janganlah diambil mudah, semua barang import boleh sesuka hati di bawa masuk tanpa ada pemeriksaan yang ketat.Tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.Tapi, tengoklah kesudahannya, bila diuji, rupanya ada lebih alkohol dari yang dibenarkan.
p/s : Jauhi la arak,zina dan judi.Minum sahaja air masak.Lagi bagus untuk kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan