Isnin, 30 Mei 2011

Batal Kilang Lynas Jika Bahayakan Penduduk, Kata Pakatan

TVS NEWS



SUBANG JAYA : Kerajaan Persekutuan sepatutnya melaksanakan kajian berwibawa dan bebas keatas kesesuaian membina kilang pemerosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang sebelum meluluskan projek kontrovesi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya kelulusan diberikan untuk syarikat Lynas dari Australia membina kilang RM700 juta itu tanpa menangani isu radiasi dan aspek-aspek keselamatan lain secara telus dan bertanggungjawab, tambah beliau.

"Macam Lynas, mereka kata tak apa, pakar IAEA telah mengkaji, IAEA Malaysia? Kita kena ada pandangan bebas mengenai perkara ini kerana ini berkaitan dengan nyawa manusia, kadang-kadang saya tak faham.... senang-senang sahaja mereka luluskan."

Anwar berkata demikian pada sesi dialog bersama 400 golongan profesional belia di Hotel Empire, Subang petand tadi.

Beliau berkata Putrajaya sepatutnya tidak berkompromi dengan syarikat terbabit tidak mementingkan keuntungan pelaburan semata-mata.

"Kalau tanya saya, apa yang patut buat adalah mendapatkan khidmat pakar untuk melihat dan berbincang terlebih dahulu mengenai perkara yang patut dan tidak boleh dilakukan dan yang paling penting (menilai) risiko besar projek ini. Jangan terus laksanakan tanpa memikirkan kesan kepada orang awam," tegas beliau.

Anwar berkata kerajaan Umno-Bn sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman negara luar. Terbaru adalah radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Mac lalu.

"Macam mana keperluan pun, kalau ia membawa risiko kepada nyawa dan keselamatan kepada manusia, adalah lebih baik jangan mengambil risiko (itu) langsung." kata Anwar.

Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di Gebeng menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang membahayakan orang ramai.

Tiada ulasan: