Jumaat, 1 April 2011

Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya....

KELAB GREENBOC

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. -mk

IGP: Video seks didedah ‘Datuk T’ tulen

KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. -TMI


Ulasan GB

Keputusan itu tidak menghairankan. Keputusan yang diumumkan sempena pilihanraya negeri Sarawak.

OK. Rakaman mungkin boleh dikatakan tulen sebab ia hitam putih - tidak dapat dikesan sebarang "superimposed" kerana yang melakukannya adalah juga "pakar" di dalam teknologi.

Pakar teknologi boleh pada bila-bila masa mengalahkan pakar perfileman.

Jika demikian, persoalan kini: Siapa pula "pelakon" itu? Seperti yang didedahkan sebelum ini, tidak mustahil wujud wajah seiras tetapi tak serupa.

Kedua setakat mana "kepakaran" mereka yang dikatakan "pakar" yang telah menyiasat kes tersebut? Apa kelulusan dan pengalamannya di dalam bidang teknologi? Ianya perlu didedahkan untuk ketelusan.

Ketiga, bagaimana pula kesalahan mereka yang merakam, memiliki, menyimpan dan mempertontonkan video seks berkenaan?

Ia semuanya dibebankan kepada pihak Polis dan Peguam Negara jika beliau ingin meneruskan kes tersebut.

Tiada ulasan: