Trio Datuk ‘T’, yang telah menimbulkan kehangatan di seluruh negara akibat menayangkan video seks lucah yang dikatakan pelakunya adalah Anwar Ibrahim, bakal didakwa dan dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan menayang atau mengedar bahan lucah.
Berikut di bawah adalah kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani kepada Kosmo:
“Ada kemungkinan mereka akan didakwa kerana ia menjurus kepada pihak yang menayangkan video seks.
“Namun, ia bergantung kepada keputusan pejabat Peguam Negara,”
Sebenarnya, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum laopran dapat dihantar ke Peguam Negara.Namun maklumat untuk 2 perkara tersebut tidak dapat didedahkan.
“Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas siasatan) pada Khamis ini…sementara itu kami tunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang tidak boleh didedahkan dahulu,”
Apabila ditanya mengenai samada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku seks di dalam video lucah tersebut, ini jawapannya:
“Polis tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka. Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku.”
Sememangnya, menayangkan video lucah, kepada orang awam, adalah salah di sisi undang-undang.Trio Datuk T barangkali tersilap percaturan strategi dalam kes ini.Sepatutnya ada cara yang lebih mudah.Jika benar anwar Ibrahim melakukan perkara sedemikian rupa, panggil sahaja Jabatan Agama Islam untuk menadakan serbuan.
Sudah pasti berita mengenai salah laku seks Anwar Ibrahim ini dapat diselesaikan dengan cara yang mudah.Ditambah pula dengan video yang dikatakan tulen, ini dapat menguatkan lagi bahan bukti.
Apa-apa pun, biarlah Polis dan Peguam Negara yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah di dunia ini.Namun diakhirat, hanya Allah sahaja yang tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan