THE MALAYSIAN INSIDER
GEORGE TOWN — Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, dikenakan tuduhan berkhalwat melibatkan pembantu peribadinya, di sini hari ini.
Dia ditahan pihak berkuasa agama negeri bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, pada pukul 5 pagi Sabtu lalu.
Salim didakwa di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b).
Kedua-dua Salim dan Nur Diayana meminta mereka dibicarakan.
Jika disabitkan kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda hingga RM3,000 atau hukuman penjara lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Syariah Rendah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pegawai itu ditangkap khalwat bersama pembantunya di sebuah hotel di Batu Feringghi.
Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan seorang anggota polis.
Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan