Tambang keretapi Bukit Bendera akan dinaikkan sekali ganda iaitu sebanyak RM8 bagi orang dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak rakyat tempatan mulai 1 Mei ini.
Kadar tambang baru itu adalah disebabkan peningkatan kos operasi kereta api jenis elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang digerakkan dengan kabel, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perkhidmatan keretapi itu telah ditutup lebih setahun lepas dan kadar tambang sebelum ini ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak tanpa mengira pelancong tempatan atau asing.
Beliau berkata, bagi penduduk di Bukit Bendera, pengusaha dan pekerja di atas bukit itu, bayaran pas bulanan dikekalkan dengan harga RM24.
Lee berkata, kos operasi bagi setiap perjalanan keretapi ialah RM500 kerana ia menggunakan elektrik dan kos itu lebih tinggi berbanding keretapi kabel sebelum ini.
"Selepas menaik taraf, ia kini boleh membawa sehingga 50 penumpang dan mengambil masa selama 10 minit untuk perjalanan sehala, berbanding 30 minit sebelum ini," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa aspek keselamatan keretapi berkenaan adalah bertaraf antarabangsa.
Projek naik taraf keretapi oleh kerajaan persekutuan itu melibatkan kos RM73 juta bagi menggantikan jenis furnikular yang digunakan sejak 1923.
Bukit Bendera ialah salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan