Isnin, 18 April 2011

SUPP tolak hasrat George Chan letak jawatan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini menolak untuk menerima surat peletakan jawatan presidennya Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, keputusan diambil ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya negeri kelmarin.

Setiausaha agungnya Datuk Sim Kheng Hui juga menawarkan untuk meletakkan jawatan tetapi jawatankuasa kerja pusat (CWC) berkata kedua-dua pemimpin akan kekal dalam parti sehingga perhimpunan tahunan yang dijadual akan berlangsung akhir tahun ini.

Tiada ulasan: