Jumaat, 22 April 2011

SUPP berbelah-bagi untuk sertai kabinet

MALAYSIA KINI

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) nampaknya berbelah-bagi sama ada parti itu perlu menyertai kabinet negeri, selepas kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

NONEMasalah bermula Isnin lalu apabila timbalan setiausaha
agungnya, Wong Soon Koh mengangkat sumpah untuk dilantik semula sebagai menteri kabinet negeri.

Berikutan ini, jawatankuasa kerja pusat SUPP berkata, tindakan Wong (kanan) itu tidak direstui parti tersebut.

Sekarang, CWC sedang menimbang sama ada parti itu patut diwakili dalam kerajaan negeri selepas ia kehilangan sokongan masyarakat Cina apabila kalah 13 daripada 19 kerusi yang ditandingnya - kalah di semua kerusi yang ditandinginya di kawasan bandar.

Dalam tindakan yang dianggap pelik, presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan pula menyokong langkah Wong itu - sedangkan kedua-dua merupakan 'musuh' politik - sambil menambah bahawa pendirian CWC itu tidak mendapat restunya.

Tanda-tanda terdesak

Untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk, beberapa pemimpin akar umbi SUPP mencadangkan parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) supaya perwakilan memutuskan perkara itu.

NONE"Kami berharap agar EGM dipanggil sebelum mesyuarat agung
tahunan (AGM), jika tidak, ia akan terlambat," kata ketua SUPP cawangan Tanjung Datu SUPP Pung Teng Hong, seperti yang dilaporkan See Hua Daily News semalam.

Mesyuarat agung setiap tiga tahun itu, yang membabitkan pemilihan pucuk pimpinan, dijadual berlangsung akhir tahun ini.

Pong berkata, perpaduan parti kini terjejas ekoran tindakan Chan merestui keputusan Wong menerima jawatan menteri negeri, sedangkan ianya bercanggah dengan pendirian CWC.

Tambahnya, oleh kerana CWC telah memutuskan untuk mencadangkan wakil rakyat kaum Dayak - bukan Cina - untuk mengisi jawatan kabinet, maka ahli parti patut mematuhinya.

Turut menyokong pandangannya ialah naib presiden SUPP Lily Yong, yang berkata, kenyataan Chan merestui tindakan Wong itu adalah satu "pandangan peribadi".

"Ini adalah keputusan CWC - semua dari atas hingga ke bawah mesti mematuhi dan menghormatinya," katanya mengulas keputusan CWC tidak mencadangkan wakil rakyat Cina mengisi jawatan kabinet.

Satu lagi tanda kemungkinan berlaku perselisihan dalam parti itu termasuklah perletakan jawatan seorang ahli majlis perbandaran Miri yang diperuntukkan kepada parti itu.

Terdapat spekulasi bahawa lebih ramai ahli majlis bandaraya dan perbandaran dari SUPP akan meletak jawatan kerana parti itu tidak lagi mendapat sokongan pengundi di kawasan bandar.

Tiada ulasan: