Sabtu, 23 April 2011

SPR Dituntut Perjelas Undi Pos Berkurang Secara Drastik

Ditulis oleh Ayie


PANGKOR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan pengurangan mendadak pengundi pos di DUN Pangkor daripada 4097 pengundi kepada 1899 pengundi.

Pengurangan secara drastik jumlah pengundi pos itu dikesan setelah dipersoal Ketua Biro Pilihan Raya PKR Perak, Chang Ming Kai dan beberapa siri bantahan pelbagai pihak terhadap agensi itu.

Pengurangan sejumlah 2199 undi pos tanpa sebarang penjelasan dari SPR menguatkan dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam senarai undi pos sebelum ini.

"Dimana 2199 nama yang dipamer SPR dulu ? Mengapa tiba- tiba banyak nama yang lenyap dalam senarai pendaftar terbaru SPR ?," soal Ming Kai.

Beliau menuntut SPR menjelaskan adakah SPR melakukan kesilapan dalam penyenaraian nama pengundi atau pengundi yang tersenarai sebagai pengundi pos enggan menjadi pengundi pos ?

"Adakah SPR tersilap ? Adakah mereka tidak mahu menjadi pengundi pos dalam pilihan raya akan datang ?,

"Adakah perkara sebegini berlaku di DUN lain ?," soal Ming Kai lagi.

Ming Kai mejelaskan hasil kajian dan penyelidikan yang dibuat pihaknya mendapati kebanyakan pengundi pos baru di DUN Pangkor terdiri daripada isteri kepada anggota tentera atau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau menambah hasil pemantauannya mendapati beberapa nama yang telah dipadamkan dari senerai pengundi pos baru telah dipindahkan ke kawasan Kuala Lumpur dan lain- lain.

Justeru pihaknya sekali lagi meminta SPR menjelaskan perkara tersebut.

Tiada ulasan: