Hazayani Zakaria |
SEBUYAU: Sokongan pengundi kepada calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid semakin terserlah menjelang hari mengundi pada 16 April ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak bukan sahaja mempunyai keluarga besar di Dun ini tetapi ramai kenalan daripada beberapa kaum. Sepanjang tempoh berkempen, beliau tidak mempunyai masalah bertemu dengan para pengundi yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Kempen hari kelapan semalam, beliauterus membuat seruan agar pengundi tidak takut untuk membuat perubahan dengan menolak BN-PBB dan memilih PAS sebagai wakil untuk membela nasib mereka di negeri sendiri. Ada yang pada mulanya hanya menjengukkan kepala daripada tingkap rumah namun keluar bersama-sama apabila melihat suasana meriah di anjung rumah. Ternyata masyarakat Iban memberi kerjasama yang baik kepada calon dan petugas PAS yang mengunjungi rumah panjang mereka. |
Khamis, 14 April 2011
Sokongan pengundi pada calon PAS makin terserlah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan