"Kabinet memutusakan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.
"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.
"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya
Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.
"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.
Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Mohamed Nazri untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang didedahkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T.
Najib berkata kebiasaannya Pakatan Rakyat akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.
Mengulas perkara itu, semalam Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa.
"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya.
Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan