Rabu, 13 April 2011

Portal Malaysiakini Pula Digodam

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Portal berita dalam talian Malaysiakini sehingga kini masih tidak boleh diakses kerana ‘diserang’ pihak tertentu bermula jam 11 pagi semalam.

Bagaimanapun Malaysiakini akan tetap menerbitkan beritanya seperti biasa menerusi platform laman sosial Facebook.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran melalui laman Facebook beliau.

“Kami sekarang mengesahkan Malaysiakini.com diserang pihak luar bermula 11 pagi semalam. Kami akan menerbitkan berita menerusi platform lain seperti Facebook sementara kami menyelesaikan masalah ini,” kata Premesh.

Menurut Premesh lagi, kesemua versi bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina Malaysiakini masih lagi tidak dapat diakses sehingga ke hari ini.

“Sehingga jam 5.30 petang semalam, Malaysiakini masih tidak dapat diakses semenjak jam 11 pagi. Pembaca-pembaca tidak dapat mengakses laman web tersebut, yang dihoskan pada pelayan (server) kami di Telekom Malaysia Brickfields dan Jaring.

“Kami mohon maaf dengan perkara ini dan akan memaklumkan pembaca dari masa ke semasa menerusi Facebook dan Twitter,” kata Premesh.

Berita Malaysiakini buat masa ini boleh diperolehi menerusi laman Facebook mereka seperti berikut:

http://www.facebook.com/MalaysiaKini

http://www.facebook.com/mkinicn

http://www.facebook.com/mkinibm

Tiada ulasan: