Sabtu, 16 April 2011

Pengundian Senadin rancak di waktu pagi

Harakahdaily


SENADIN: Proses pembuangan undi di Dun Senadin rancak pada waktu pagi dan mulai perlahan sekitar jam 10.00 pagi dalam cuaca cerah.

Tinjauan Harakahdaily sekitar Dun ini sejak pagi mendapati para pengundi tidak perlu lagi beratur untuk membuang undi selepas waktu itu sebaik sahaja menyemak nama di barung SPR.

Mereka terus ke saluran masing-masing bagi memilih Adun kawasan ini antara calon PKR dan BN.

Para petugas SPR yang ditemui di beberapa pusat mengundi memberitahu, ada kalanya proses pembuangan undi rancak kembali pada waktu makan tengah hari dan petang.

Namun begitu, lazimnya pengundi di Dun ini lebih suka datang pada waktu pagi.

Sehingga tengah hari ini, tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tadun masih kelihatan para pengundi dari pelbagai peringkat umur datang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Dun ini mempunyai 22,432 pemilih berdaftar melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Dr Michael Teo Yu Keng dari PKR dengan calon BN-SUPP, Datuk Lee Kim Shin.

Tiada ulasan: