Sabtu, 23 April 2011

Penduduk LBJ Buat Laporan Polis

Ditulis oleh ZeanaAima



KUALA LUMPUR : Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bersama- sama badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis sebagai membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikatakan melanggar hak asasi penduduk Ladang Bukit Jalil (LBJ).

Koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), E. Nalini menjelaskan laporan ini dibuat berikutan DBKL dikatakan mengusir penduduk dari penempatan mereka tanpa sebarang rundingan.

"Kami buat laporan ini kerana mahu campurtangan polis dan memastikan bekas pekerja ladang LBJ tidak diusir secara paksa ,dan hak mereka terjamin seperti dalam perlabagaan negara," ujar Nalini.

Tindakan itu juga bercanggah dengan perkara 5 dalam perlembagaan persekutuan iaitu hak untuk kehidupan.

Aduan yang laporkan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu dibuat kepada DBKL, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dato Ahmad Fuad Ismail.

Turut hadir menyatakan sokongan adalah wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), V. Selvam dan wakil penduduk LBJ, K. Balakrisnan.

Laporan ini dibuat secara serentak dibeberapa negeri seluruh negara.

Antaranya di Pulau Pinang, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Patani, di Kelantan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Kedah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Selangor Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di Johor Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Nusa Jaya, di Pahang, Balai Polis Brinchang dan Negeri Sembilan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Tindakan pengusiran DBKL ini membabitkan pencabulan hak asasi terhadap 41 keluarga yang kini berdepan dengan risiko dipindahkan tanpa sebarang rayuan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 April ini akan memutuskan samaada mahu menerima atau menolak permohonan injuksi yang difailkan penduduk LBJ bagi menghalang pengusiran yang dibuat DBKL.

Tiada ulasan: