Jumaat, 1 April 2011

NUJ mahu SPRM tidak ugut wartawan


Zaidatul Syreen Abdul Rashid

Tidak ada sesiapa, tanpa mengira kedudukan mereka seharusnya dibenarkan mengugut wartawan. Jika ada pihak yang tidak selesa dengan mana-mana soalan yang dikemukan oleh media, mereka seharus berkata tiada ulasan.

Demikian kod yang perlu diikuti jika tidak ingin bercakap kepada media, tanpa mengira apa isu dan bukannya dengan mengugut wartawan kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini.

NONEKesatuan itu merujuk kenyataan pengerusi jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Nor Abdullah, semalam yang menuduh wartawan cuba “memancing undi” apabila disoal berhubung siasatan dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Wartawan hanya menjalankan tugas mengumpul maklumat untuk tatapan umum.

“Mereka tidak mensasarakan sesiapa secara khusus atau cuba mensensaikan sesuatu situasai,” kata presiden NUJ, Hata Wahari.

Pada kejadian semalam, Mohd Nor yang berang dengan asakan soalan berhubung siasatan Taib pada sidang medianya berkata wartawan menghadapi kemungkinan padah mengikut Akta Penerbitan dan Percetakan.

Beliau yang juga adalah bekas hakim Mahkamah Rayuan yang mengetuai panel lima anggota jawatankuasa aduan SPRM.


Tiada ulasan: