Jumaat, 1 April 2011

NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah

MALAYSIA KINI

Pelbagai pihak tampil mendesak polis tidak bertindak berat sebelah dalam kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan 'ketulenan' klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapa individu yang dirakamkan itu.

NONETV Selangor memetik Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik.

“Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga perlaku itu yang dikenali sebagai Datuk T ini.

"Mereka menayangkan bahan berbentuk lucah yang dalam definisi kesalahan jenayah dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Laporan polis itu menjurus kepada perlakuan jenayah yang dilakukan mereka. Jadi tidak timbul video ini menimbulkan keraguan atau tidak," kata Shamsul.

Menurut beliau, PKR telah menawarkan puluhan rekod tetapi tidak diendahkan oleh polis.

NONE“Puluhan rekod polis ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak penting kepada pihak polis. Ini jelas memperlihatkan adanya 'double standard' atau unsur pendakwaan terpilih di dalam kes seperti ini," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) mahu pihak polis perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terlibat.

Presidennya, Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata ketua polis negara telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

bumiputera economic congress 290510 presiden pppmm prof dr kamarudin kachar"Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z.

"Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar yang turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu

Tiada ulasan: