Rabu, 13 April 2011

NGO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Aset Kekayaan Taib

Ditulis oleh Hadri Yaziz


KUALA LUMPUR : Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia mendesak kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan aset kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sepanjang 30 tahun beliau memonopoli negeri 'Bumi Kenyalang' itu.

Justeru gabungan itu mendesak supaya Taib melepaskan jawatan dengan segera menjelang pilihan raya negeri itu Sabtu ini.

Menurut sumber, Taib memiliki lebih daripada 100 syarikat di seluruh negara termasuk di Kanada, England, Australia, Hong Kong serta Amerika Syarikat dan Malaysia.

Turut disentuh mengenai aktivis-aktivis yang dihalang daripada memasuki Sarawak kerana dikhuatir aktiviti jenayah pembalakan Taib didedahkan sekali gus laporan wanita termasuk kanak-kanak perempuan serta kaum Penan yang dirogol pembalak-pembalak proksi beliau.

Sehubungan itu, gabungan itu juga turut mengutuk keras serangan pengodam-pengodam cyber Barisan Nasional yang cuba menghalang maklumat telus disalurkan kepada masyarakat di Sarawak menerusi Malaysiakini dan Sarawak Reports serta Radio Free Sarawak.

Manakala Tv Selangor turut menerima tempias dari kesan serangan tersebut.

Tiada ulasan: