Sabtu, 9 April 2011

Misi hidup atau mati SUPP di Kuching


Andrew Ong

Pada 2006, pembangkang membuat kejutan di kawasan sekitar Kuching dengan merampas empat daripada lima kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

Ramai penganalisis berpendapat keputusan itu sebagai pemangkin terhadap 'tsunami politik' yang melanda Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008.

NONEEmpat kawasan yang ditawan oleh DAP dan PKR, ketika itu adalah daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebuah komponen BN.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Padungan, Pending, Batu Lintang dan Kota Sentosa. Malah pembangkang sama sekali tidak menjangkakan keputusan berkenaan.

Meskipun lima tahun hampir berlalu dan tidak ada banyak rungutan berhubung prestasi keempat-empat penyandang kerusi berkenaan, namun perjalanan pilihan rayamereka pada 16 April ini dijangka tidak semudah dan mungkin berliku, khususnya kepada DAP.

NONEAntara yang dikatakan mungkin menghadapi masalah dan menyaksikan pertarungan paling sengit di parlimen Kuching adalah di Pending. Penyandangnya Violet Yong (DAP) akan ditentang dalam pertandingan satu lawan satu dengan Dr Sim Kui Hian (BN–SUPP).

Yong, 33, seorang peguam yang petah bermain kata-kata akan dicabar oleh Sim, 46, seorang doktor pakar jantung yang amat dihormati penduduk tempatan.

Sim terbabit menerajui menubuhkan Pusat Jantung Hospital Awam Sarawak (SGHHC), yang menawarkan rawatan yang berpatutan kepada pesakit dan terbabit juga dengan penyelidikan genetik dan imej molekular.

Sepanjang kempennya, Sim sering memakai kemeja T yang mempunyai gambar jantung dan modal kempennya adalah mengenai pentingnya gaya hidup yang sihat.

NONEMeskipun seorang pendatang baru dalam bidang politik, Sim cepat menyesuaikan diri di kalangan orang ramai yang selesa dengan wajahnya yang sentiasa mengukirkan senyuman.

Ketika berkempen di Pusat Komersial Kenyalang, di Kuching, Rabu lalu, beliau menghuraikan beberapa kejayaannya termasuk mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kebetulan merasmikan SGHHC pada Januari lalu.

“Saya bagi tahu beliau (Najib) bahawa Kuching perlu lebih banyak pusat pendidikan tinggi. Kami perlukan cawangan universiti, mungkin dari China dan India,” katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

NONEMenurut Sim lagi, beliau juga akan memperjuangkan bagi rakyat mendapatkan perkhidmatan perubatan kelas pertama, pembinaan lebih banyak universiti dan supaya kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Tiada ulasan: