Selasa, 12 April 2011

Lupa hukum walau berdakwah...Dalam Botol

Oleh SRAYUSA

JIKA Hikayat Merong Mahawangsa digembar-gemburkan dan dianggap sebagai filem tempatan berskala besar tahun ini, ...Dalam Botol (...DB) pula dikatakan sebagai filem tempatan paling kontroversi.

Terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Khir Rahman, ...DB mula ditayangkan di seluruh negara pada 24 Oktober ini.Menurut Penerbit dan Penulis Skrip ...DB, Raja Azmi Jalani, ilham menerbitkan filem ini bermula sejak seorang sahabat lamanya membongkar rahsia hati mengenai kisah hidupnya yang menyayat hati.

Ekoran kesan mendengar kisah itu, Raja Azmi menegaskan dia mahu berdakwah menerusinya sambil menyatakan jangan taksub dengan cinta, dan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu keputusan yang tidak akan membawa/mengizinkan kita berpatah balik.

Dalam konteks filem ...DB ini, sesuatu yang sangat mustahil dapat dimiliki semula itu ialah kelelakian. Justeru, walaupun mencetuskan kontroversi apabila skripnya selesai ditulis, serta diuar-uarkan kepada rakan-rakan dan wartawan, ia membawa persoalan yang sangat penting (sebenarnya), dan perlu diambil berat.

Sehubungan itu, langkah Raja Azmi menganggap positif segala sindiran dan teguran terhadapnya, tidak salah. Paling kurang, ada isu lain yang ditampilkan dalam filem tempatan – lari daripada ìmuakî dengan kisah seram, tahayul, misteri, jenayah, perpecahan keluarga, dan sebagainya.

Selepas turut ditegur oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Raja Azmi berjanji dengan pihak tersebut. Jakim juga menasihatinya selepas meneliti beberapa isu dalam skrip ...DB.

Raja Azmi menerima teguran dengan terbuka, dan menghantar pula ke Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM). LPFM tidak menolak, kecuali meminta Raja Azmi menggugurkan perkataan “Anu” (tajuk asal filem ini ialah Anu Dalam Botol).

Raja Azmi tiada masalah, dan mula mencari pelakon sejak awal tahun 2009. Meskipun ramai pelakon lelaki popular seperti Norman Hakim, Allahyarham Faizal Yusof, Badrul Muhayat, Que Haidar, Zul Huzaimy, Adi Putra, dan Ashraf Muslim menghadiri sesi uji bakat, Raja Azmi akhirnya memilih pelakon baharu, iaitu Arja Lee, dan Wan Raja untuk menggalas watak-watak utama.

Selepas melihat hasilnya, boleh dikatakan pilihan Raja Azmi itu tidak sia-sia. Arja Lee dan Wan Raja berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Penampilan mereka dibantu oleh kecemerlangan pelakon muda popular, Diana Danielle; dan kemantapan aksi pelakon mapan seperti Ogy Dato’ Ahmad Daud, Normah Damanhuri, dan A Jalil Hamid. Rosnan Rahman dan Pekin Ibrahim turut membantu.

Penggambaran ...DB berjalan dari 6 Disember 2009 hingga 3 Januari 2010. Proses penyuntingan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selesai empat bulan kemudian. Selepas pos produksi di FINAS, ...DB siap seratus peratus pada bulan September 2010, dan dihantar semula ke Finas untuk proses Wajib Tayang.

Yang menarik, ...DB turut mendapat perhatian Library of Congress, Washington DC yang meminta salinan filem tersebut untuk disimpan di sana. Salinan tersebut telah diserahkan dalam majlis Malam Gala Tayangan Perdana ...DB di GSC Signature, The Gardens Mall, Kuala Lumpur kepada wakil pihak berkenaan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

...DB mengisahkan Rubidin (lakonan Arja Lee) dan Ghaus (Wan Raja) yang bercinta sejenis atau homoseks/pasangan gay. Demi cinta kepada Ghaus, Rubidin sanggup menjalani pembedahan menukar jantinanya menjadi (wanita) Ruby.

Bagaimanapun, Ghaus akhirnya meninggalkan Ruby setelah tergoda dengan “kekasih” baharu. Ruby menjadi setengah gila. Oleh kerana wasiat ayahnya (A Jalil Hamid, dia kembali ke kampung menjadi Rubidin semula.

Tanpa diduga, seorang gadis manis di kampung, Dina (Diana Danielle) muncul menghiasi hidup Rubidin. Walaupun pada luaran tidak mengaku, Dina sebenarnya mencintai Rubidin, dan cintanya berbalas. Dia dan Rubidin bahagia sebagai pasangan normal, dan mengambil keputusan berkahwin.

Malangnya (bukan malang sebenarnya), Ghaus datang pada hari majlis perkahwinan Rubidin-Dina. Dia membuka rahsia kepada ibu Rubidin (Normah Damanhuri), dan sampai ke pengetahuan ibu Dina (Ogy Dato’ Ahmad Daud) mengenai pembedahan jantina Rubidin.

Walaupun kelihatan zalim, (Ghaus tidak membalas dendam apaapa kerana dia yang meninggalkan menjadi ìlelakiî tidak karuan, dan melarikan diri kerana tahu dia akan gagal/ mustahil menjadi suami Dina – kerana dia telah membuang kelelakiannya dan menyimpan di dalam botol (memang begitukah atau perlukah disimpan di dalam botol – untuk dilihat semula sekalisekala?).

Barangkali inilah “bala” atau “azab” yang cuba ditekankan oleh Raja Azmi.

Filem gay Melayu Cuma, yang mungkin pertama ini menyerlahkan bakat kepengarahan Khir Rahman. Dia tidak bersalah meskipun tindakannya itu dimarahi rakan baik mereka berdua (Rosnan Rahman).

Berdasarkan kisah benar, agak sukar untuk membuat komentar walaupun sebenarnya tidak mesti seratus peratus tanpa menokok atau meluakkan. Usaha dan percubaan Raja Azmi ini tetap baik. Cuma, saya tidak pasti filem arahan Khir Rahman ini akan mampu memberi kesan positif kepada masyarakat, terutama remaja/muda mudi.

Bala tidak menuju terus kepada umat Islam sekarang sebagaimana yang menimpa kaum Nabi Lut a.s. Cuma, Rubidin yang ìkembaliî Ruby/ Rubidin), perbuatan Ghaus itu wajar (sekali).

Raja Azmi dan Khir terlepas pandang (atau menganggapnya biasa), ialah adegan pergaulan bebas di antara Rubidin dengan Dina sehingga pada satu adegan di dalam bilik tidur, mereka hampir berasmara tanpa disedari ibu Dina.

Paling menarik ialah persembahan yang dibawakan oleh Khir, terutama pada permulaan dan penghujung ...DB. Adegan awal menampilkan Rubidin tidak keruan. Penonton, termasuk saya fikir itu memang adegan awal/ pertama.

Rupa-rupanya, itu adalah penghujung ...DB. Rubidin melarikan diri pada hari perkahwinannya kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan. Cara tersebut menarik!

Tiada ulasan: