Dalam berita baru-baru ini, Ketua Menteri Melaka, mengakui bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.Dan beliau menyalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka sebagai tindak berfungsi dengan sepenuhnya dalam menjalankan promosi.
Biarpun ketika ini terdapat syarikat penerbangan Indonesia iaitu Riau Airlines dan Wings Air beroperasi di LTAM namun kelemahan dari segi promosi perkhidmatan tersebut telah menyebabkan ia gagal beroperasi menurut apa yang diharapkan.
LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.
Entah dimana silapnya, LTAM ini tidak mendapat sambutan.Kalau nak diikutkan kadar kedatangan pelancongan ke Melaka, ianya naik saban tahun, sampaikan rakyat Negeri Melaka sendiri susah nak ke bandar akibat terlalu sesak.AirAsia sendiri tidak menyambut baik fungsi LTAM ini sendiri.
Pada hemat kami, faktor jarak memungkinkan mengapa LTAM ini tidak mendapat sambutan.Jaraknya yang terlalu dekat dengan Singapura dan juga LCCT, Kuala Lumpur, menyebabkan perkara ini berlaku.Hanya mengharapkan pelancong dari Indonesia sahaja, itu tidak cukup untuk memastikan LTAM dapat beroperasi pada kadar yang sepatutnya.
Ini bukanlah pertama kali projek di Melaka tidak mendapat sambutan yang mengharapkan.Berikut di bawah adalah antara beberapa projek di Melaka yang “hampir bungkus” ,dan tidak mendapat sambutan:
- Eyes On Malaysia
- Monorail Melaka
- Go-Kart
- Planetarium
- Arab City
Ali Rustam tidak perlulah menyalahkan sesiapa.Kadang-kadang idea yang nampak bagus di atas kertas, tidak mustahil ianya akan berjaya apabila dijadikan realiti.Yang penting, idea yang lebih ‘reliable’ diperlukan dalam merancakkan lagi ekonomi pelancongan negeri Melaka.
Melaka tak perlu berbelanja besar untuk menarik perhatian pelancong asing.Nama Melaka itu sendiri dah besar.Apa yang perlu dibuat, adalah pembangunan strategik, seiring dengan betapa pesatnya kadar pelancongan ke Negeri Melaka.Melaka tak perlu nak jadi “Malaysia” ke-2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan