Sabtu, 23 April 2011

KPN Dalam Keadaan Baik, Perlu Rehat

Ditulis oleh ZeanaAima



SHAH ALAM : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang dimasukkan ke hospital semalam, berada dalam keadaan baik dan hanya perlu berehat kerana keletihan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, hari ini.

"Beliau telah menjalani semua pemeriksaan perlu semalam, tiada apa-apa masalah, kecuali beliau keletihan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Sehari Bersama Polis" yang disertai 1,000 belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

"Sebenarnya, Ismail tidak perlu dimasukkan ke wad, tapi sayalah yang meminta doktor menempatkan bos saya itu di sana supaya beliau (Ismail) boleh berehat," katanya.

Khalid berkata Ismail telah memberi pelbagai arahan kepadanya dan telefon bimbit beliau menerima banyak teks mesej daripada pegawai atasannya itu.

Ismail dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur semalam selepas beliau dilaporkan berasa kurang sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan pasukan polis di Bukit Aman.

Ditanya bilakah Ismail dijangka keluar dari hospital, Khalid berkata: "Rasa saya, hari ini." -

Tiada ulasan: