Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran sebagai protes terhadap suasana politik negara yang jijik dan kotor khususnya dalam isu video lucah. Jelajah ini akan diadakan pada Ahad, 10 April dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bermula di Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Seremban dan Seremban ke Kuala Lumpur Sentral. "Seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat dan kain rentang," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang dan mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban. |
Jumaat, 8 April 2011
Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Ahad ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan