Khamis, 21 April 2011

Gaduh: Polis ambil keterangan 23 pelajar Seksyen 25 Shah Alam

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM – Polis mengambil keterangan daripada 23 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di sini hari ini selepas terbabit dalam satu pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob dipetik Bernama Online berkata, pergaduhan antara pelajar Tingkatan Empat dan Lima itu dapat dileraikan oleh guru sebelum pelajar terbabit dikumpulkan dalam bilik kaunseling sementara menunggu ketibaan polis.

Bagaimanapun pelajar terbabit dibenarkan pulang selepas polis mengambil keterangan daripada mereka di Balai Polis Seksyen 15 untuk menyiasat punca sebenar kejadian.

Zahedi berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2010 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Katanya, polis akan berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan bagi mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar-pelajar itu.

Tiada ulasan: