Rabu, 13 April 2011

DAP dakwa perbuatan ganggu undi pos dirakam

MALAYSIA KINI

DAP hari ini mendedahkan satu klip ringkas video kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos.

Parti pembangkang itu mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam.

Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki dikatakan telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos dari empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam.

Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos.

Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.

Satu laporan polis akan dibuat.

Tiada ulasan: