Bernama Online melaporkan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.
“Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka,” katanya di sini hari ini.
“Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika,” katanya.
Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa buah gerai di Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan