Selasa, 19 April 2011

Bekalan air ke UUM cukup! Infrastruktur dalaman UUM yang lemah

Oleh Pengarah


http://wartakedah.net/images/stories/April2011/tanahuum.jpgALOR SETAR – Bekalan air oleh SADA ke Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah mencukupi. Masalah gangguan bekalan air yang dialami UUM adalah disebabkan oleh infrastruktur untuk menyokong penyaluran dalam kampus tidak pernah dinaiktaraf sejak kampus tersebut dibina.

Demikian penjelasan yang diberikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Ir Amiruddin Hamzah ketika mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk UUM.

“Masalah di UUM adalah berpunca dari kelemahan perancangan UUM sendiri yang tidak menyediakan infrastruktur bekalan air untuk penghuni yang bertambah,” katanya.

Menurut nya, pihak UUM hanya menyediakan saluran paip dan tangki simpanan untuk 10 ribu penduduk di awal pembinaan kampus UUM dahulu, tetapi sekarang bilangan penduduk sudah bertambah berkali ganda.

“Tanggungjawab menaikataraf kemudahan infrastruktur bekalan air di dalam kawasan UUM adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Tinggi kerana masalah tersebut berlaku di dalam tanah mereka,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan: