Isnin, 18 April 2011

ADUN Pelabuhan Kelang bercerai talak satu

FREE MALAYSIA TODAY

Badrul Hisham melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Ramizah bersetuju menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkannya sebelum ini.

KLANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan isterinya, Ramizah Mazlan, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Peguam Syarie Mahyuddin Md Zahari, yang mewakili Badrul Hisham, berkata Badrul Hisham melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Ramizah bersetuju menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkannya sebelum ini.

“Kes ini sepatutnya masih di peringkat perbicaraan hari ini tetapi dipinda selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan iaitu Badrul Hisham bersetuju untuk melepaskan Ramizah, yang bersetuju untuk menarik balik tuduhan, dakwaan dan keterangan dalam kes tuntutan cerai secara fasakh itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tiada ulasan: